Saturday, December 6, 2008

4 minggu yang lalu...

nie lah team MPP UiTM JOHOR yang pergi ke sabah

ok tak loncatan ini heheheh

nie power ckit hehehe


nie lah baner yang saya buat dalam masa 2jam... susah tol lah huhuuhu



assalamualaikum semua... selamat berblog kembali setelah 4 minngu tidak update atau kemaskini blog nie hari ini 6 haribulan 12 2008 teringin nak update blog nie.. selama 4 minggu tidak bersua saya dengan ini ingin menceritakan ceretan hidup ini 4 minggu yang lalu, banyak yang saya harungi selama 4 minggu lalu iaitu program KIB 2008, jalan2 di jb bersama member2 lame hehehe umesh n the gang... dengan kata2 lain bdk2 kominis sekolah SAB(sek anak baik) hehehe. ketika program KIB 2008 berlangsung di negeri sabah di bawah bayu, saya terasa bahawa ciptaan ALLAH S.W.T ini adalah begitu indah dan tidak boleh dinafikan lagi.... saya telah berjalan di sabah dan telah melalui sebanyak 21 daerah terdapat banyak pengalaman yang dapat pelajari antaranya cara hidup di sabah dan paling penting sekali cara mengorganisasi dengan sempurna. thang to nurul aien KP KIB 2008...

Wednesday, November 5, 2008

ngantuk....

pada hari khamis bertarikh 6 november 2008 (satu hari sebelum final itc 315 yang menakutkan....) saya telah cuba sedaya upaya untuk study betul2 untuk final itc 315 yang menakutkan tetapi perbuatan yang saya tak boleh halang ketika study adalah MENGANTUK... saya sering mengantuk dan apabila terasa air cond di library terasa lah lagi mengantuk.... huhuhu (dah lah lagi satu hari jer... final itc315 huhuhuh. apa yang pasti saya akan cuba sedaya upaya dahulu untuk melawan perasaan mengantuk yang teramat sangat ini sebelum mengambil final keesokan harinya kerana final itc 315 ini berlangsung pada jam 2.45 petang (waktu yang paling ngantuk kerana jumaat petang... hari tojk berehat...) apa yang saya harapkan saya boleh membuat final ini dengan harapan nak DL sem nie.... tak pun 3.45.... ok la assalamulaikum...

Tuesday, November 4, 2008

Cary Mark....

Alhamdulilah... telah sempurna 2 paper yang agak menggerunkan iaitu paper qmt324, dan 335 saya berasa syukur telah selamat membuat kedua dua paper itu... hehehe di sini saya berasa syukur juga sebab part 6 ini adalah paling tinggi caru mark yang saya penah dapat sejak 6 sem berada di sini... saya terkejut pun ada.... saya nie biasa2 jer.... apa yang pasti setiap orang punyai rezeki masing2 Allah itu Maha Adil dan mengetahui... saya berharap final kali ini hendak DL insyaAllah .... ok la... nie sajer jer wat new posting kalau nak tahu nak jumaat nie ader paper sajer nak ilang kan tension di hati... huhuhuh ok lah bye assalamulaikum...

Friday, October 31, 2008

DEWAN SRI TEMENGGONG UiTM JOHOR....

pada hari ini adalah tercatat satu lagi sejarah bahawa kenangan saya dan rakan2 saya terpaksa terima hakikat bahawa kami sume akan tidak akan lagi amik paper final kat DEWAN SRI TEMENGGONG UiTM JOHOR... itu yang membuatkan kami rasa itu sejarah yang perlu kami terima dengan perasaan penuh rela... tapi buat pertama dan terakhir saya menjawab paper QMT 335 duduk di barisan depan sekali mengadap pengawas dan tempat orang lalu lalang untuk pergi ke toilet.... huhuhuhu sebelum nie belum penah terlintas pun nak duduk depan tetapi fikirkan bila lah lagi nak duduk depan masa final sebab paper lain akan dibuat di DSP dan blok usahawan.... aper pun yang berlaku dewan sri temenggong tetap menjadi kenangan saya kelak.... salam......

Monday, October 27, 2008

hepi depa...

happy depavali kepada penganut hindu di malaysia expecially umesh my best friend... (sejak form 1 lg..) pada hari depavali saya sorang2 je pergi ke rumah umesh... (kol member tak angkat tu yang pergi sorangjer...) ape2 jelah... tiba jer umah umesh pelik sekejap kate suh datang tapi asal lah gelap gelita ... macam tak kasik masuk jer... hehehe saya pun panggil umesh... umesh... baru die sambut... heheh kami jumpe dan sangat gembira...(semalam tgk bola sama2 team aku n umesh menanglah... liverpool lah katakan... hehehe padan muka chelsea) saya datang jer terus makan muruku yang dihidang kan oleh mak umesh... saya rasa sedih gak sebab umesh depavali berempat jer... (ayah umesh telah meninggalkan beliau tok selamanya...) saya hanya melihat telatah umesh yang suka ketawa..(ntah ape yang diketawakan... giler kejap kot... heheh) mak umesh masakkan ayam masak kari peh.... sedap....(kari mamak la...) setelah bis makan perut nis terasa kenyang sangat... duk2 n 15min kemudian makcik dari ulu tiram datang ... itu petanda suh balik kot....hehehe peliakhirnya umesh menemani saya turun untuk balik...

Friday, October 17, 2008

test...

sebagai mahasiswa ipt dan mane2 tempat belajar pun mesti ada perkara yang merisaukan mahasiswa semua iaitu test.. test ini benda yang biasa dilalui oleh setiap pelajar.disini saya nak berkongsi sikit pengalaman saya menjawab test... saya selalu bimbang macam maner lah nak buat test nie... tak pandai sangat pun tapi bole lah ckit2. pagi tadi saya telah selamat menjawab satu test yang dikelolai oleh PM Shukri iaitu test qmt 335(subjek elektif 4jam kredit) selepas saya menjawab test tue hati saya tak tahulah macam tenang jer... (mcm takde pe2 belaku) ntahlah mungkin semalamnya study betul2 kot(first time study btl2 utk test) hehehhe. tapi tak tahulah ape jadi kat test td markahnya... hehehehe . macam maner ngan mahasiswa ada pengalaman best tak masa test... hehehe kalau ada ceeritakan lah kat ruangan komen... oklah bye assalamualaikum....

Thursday, October 9, 2008

aduh sakitnya....

malam anugerah dekan baru sahaja berlangsung pada hari selasa 7 oktober 2008 (raya ke 7 ler..) malam itu sungguh memenatkan tapi ape leh buat dah nama tanggungjawab mesti selesaikan... pada malam itu saya rasa sangat gembira kerana melihat separuh dalam kelas saya mengambil MOCK SIJIL AD pada malam tue.... diorang rasa dihargai setelah mendapat anugerah dekan tue... gambar2 diambil dengan rasa gembira yang teramat sangat. pada keesokan harinya bermulalah detik kaki sebelah kiri berdenyut kesakitan... rasa cam susah sangat nak berjalan tapi apa kan daya kelas mesti kene pegi kerana ilmu susah nak masuk kalau tak masuk kelas... tahan sakit je ler... pada hari pula terasa denyutan kaki yang sakit ini bertambah sakit lagi kerana terkene sejuk pada waktu malam keadaan bertambah teruk dan semakin teruk. tepat jam 8.30 paginya saya dan kawan baik saya amirul telah menemani saya untuk ke Penawar. saya berasa beruntung dapat kawan yang carry dapat bantu saya walaupun terpaksa melayan kerenah seorang anak nie... hehehe... thanks amirul@padi... www.amirulrafiq.blogspot.com. pada hari ini juga saya berasa beruntung sebab pensyarah subjek itc315 pun carry tentang kesihatan saya ... thanks banyak2 puan... segan lak rasanya... yang puan nak belanja saya masih on kan hehehe... (kalau puan baca sory...heheh)

Tuesday, September 30, 2008

Malam Raya... yeah...

assalamualaikum... salam hari raya pada semua... pada malam raya tahun 2008 ini mungkin banyak peristiwa yang mungkin susah untuk saya lupakan sebagai seorang anak dan mahasiswa uitm.. pada malam raya ini baru lepas sejam kedengaran bunyi dentuman yang agak dasyat kerana kat kampung saya nie ada mercun yang paling besar saya tengak (ala macam hari kemerdekaan negara nye mercun.... hehhehe) saya agak terpegun tengok mercun tue takut pung ada.... (saya memang takut api heheh) opsss... pecah tembelang plak... huhhu. sekian...

Sunday, September 28, 2008

bersua kembali di blog..

assalamualaikum... bersua kembali rasa rindu pula hendak menulis blog sudah 10 hari tidak menaip.... diharap umat manusia dapat menahan diri dari membuat pembaziran pada raya yang bakal menjelma ( lagi 3- 4 hari jer lagi...) dikesempatan ini juga saya hendak menyucapkan selamat hari raya Maaf Zahir Batin... sama2 kita mendoakan kesejahteraan umat bersama...

Thursday, September 18, 2008

Pertengahan Ramadan

sayup-sayup kedengaran bacaan sahutan dari jemaah masjid As Syakirin UiTM Johor. kedengaran itu menunjukkan betapa agungNya Tuhan Yang Esa dan menunjukkan Kebesaran Allah S.W.T. Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini banyak menunjukkan petanda yang baik kepada penuntut UiTM Johor. kehadiran pengarah baru yang banyak menitikberatkan soal agama kepada "anak buahnya" membuatkan penuntut di sini sudah faham apa yang perlu dibuat untuk menepati tuntutan agama itu sendiri. saya sendiri pun kagum dengan pengarah baru UiTM Johor yang banyak menitikberatkan soal agama kepada semua penuntut dan ianya tidak terdiri dari penuntut tetapi kepada staff UiTM sendiri. saya berharap pengarah UiTMCJ yang baru dapat kekalkan khidmat beliau di UiTMCJ ini. aminn....

Friday, September 12, 2008

Sekadar pandangan

16 september? tarikh itu adalah tarikh penubuhan malaysia... pada hari nie tarikh itu menjadi satu tanda tanya kerana Negara malaysia kian bergolak kerana tarikh itu dan takut dengan tarikh itu. tarikh itu adalah tarikh keramat pakatan rakyat yang digembar gemburkan akan memerintah negara ini... pada pandangan saya sekiranya ianya berlaku corak pemerintahan negara akan berubah sedikit demi sedikit.. mungkin saya tidak pandai berpolitik tapi mengikut pengamatan saya banyak kemungkinan yang boleh berlaku sama ada dari sudut positif atau negatif. jika pada itu pemerintahan malaysia dilakukan tanpa memikirkan hak melayu maka satu pergolakan besar berlaku pada perlembagaan negara( peh takut berlaku....). prinsip sama rata yang diketengahkan oleh pambangkang haruslah tidak lari lunas2 negara islam... apa pun yang paling penting dalam sebuah negara islam seharusnya dijadikan asas untuk memerintah negara... sekian

Thursday, September 11, 2008

Terfikir sejenak..

salam... bertemu kembali dalam edisi 12 ramadan 1429.. ape yang saya nak ungkapkan hanyalah satu cerita yang terlintas di kepala. pernah tak kita berfikir tentang asam garam kehidupan seorang manusia??? atau dalam erti kata lain perjalanan hidup seorang manusia. saya terfikir kenapa manusia ini kekadang terlupa atau sengaja lupa tentang "kenapa kita diwujudkan dan kenapa manusia melupakan kenapa manusia diwujudkan" jika kita baca persoalan tadi mungkin pembaca susah untuk memahaminya tapi jika baca betul2 kekadang kita memang terlupa dan sebagai jalan untuk mengingati kembali kita haruslah ingai mengingati.. kenapa manusia diwujudkan. untuk pengetahuan semua manusia diwujudkan untuk beribadat kepadaNya iaitu Yang Maha Berkuasa diseluruh alam.. kita sebagai hambanya perlu akur dengan kekuasaanNya sebagai Pencipta. bersempena bulan ramadan al-mubarak ni mari kita bersama-sama ingat dan bersyukur dengan nikmat hidup kita pada hari nie.. sekian

Wednesday, September 10, 2008

Keluarga Tersayang

Ya Allah berilah kebahagian ke atas keluargaku aku memohon kepadaMu, hanyalah Kau tempatku mengadu.. Kau perbaikilah akhlak keluarga ku, Kau berilah hidayah kepada keluargaku, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus pada keluargaku. Aminn ya rabbal alamin...

Seorang Insan bernama Kekasih.

Insan Bernama Kekasih

debar hatiku, membisik rindu, ingin aku katakan kau gadis idaman, adakah mungkin kau ku miliki, untuk aku jadikan insan bernama kekasih, keayuan yang terdambar, lukisan nuriman, bersulamkan keindahan, santun perkataan, bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan menusuk segala rasa dijiwa kesampaikan salam ucapan mesra dan merisik khabar berita, masih kah ada peluang untuk ku melafazkan cinta umpama jatuh keriba mendengar khabaran darinya kerana cinta kepada, Hanya satu yang ku pinta kebaikan darinya moga dipeliharakan tulus cinta bagai kukuh ikatan yang murni bahgia selamaya menusuk segala rasa dijiwa datanglah kasihku dalam diriku menghiasi ruang hatiku akan ku sambutnya dengan sujud penuh kesyukuran ku harap jalinan kekal berpanjangan selagi kasih yang terbina kerana cinta kepadanya...

Majlis Berbuka Quasar

nie lah mirul n zizi kawan saya..
kenangan selepas berbuka.
banyaknya VIP makan. hehehe...

assalamualaikum kepada semua pembaca bersua kembali di blog kali ini dengan izinNya, alhamdulillah kite telah sempurna berpuasa pada hari yang ke-10 dalam islam mengatakan pada hari yang ke-10 puasa adalah akan bermulanya fasa yang ke 2 iaitu "keampunan" di dalam bulan ramadan. Pada hari nie saya, amirul n zizi telah sepakat untuk outing untuk membeli aksesori raya ckit... pada dasarnya ka i hanya hendak membeli tuk raya je tapi bila dah sampai sana masyaAllah banyaknya makanan yang sedap2 da ketam, ikan bakar, air sejuk, n mcm2 ada.... apa boleh buat niat kami hanya untuk yang dirancang jer... kami jalan punya jalan maka selesai beli... kami jalan2 akhirnya tergoda dengan murtabak daging, ayam, n kambing yang berharga rm4. kami sebatlah beli saya amik ayam, mirul kambing n zizi daging memang lengkap kami beli sume ada... kami jejalan melihat makanan terjumpalah ketam masak cili padi peh sedapnye.... dalam hati kami mcm nak beli tapi majlis berbuka puasa quasar adala.... maka tak belilah kami... kami bertekad nak g keesokan harinya tapi apakan daya kels sampai kul 6 la... hari lain lah jawabya....
pada hari nak berbuka tibalah kami ke tapak NR untuk buka puasa. kami pergi saing... kami lihat makanan yang bakal kami makan pada buka nanti nasik ambang rm4.. kamipun tak kesahlah... tapi yang penting kurma yusof taiyoob pengubat hati kami... selesai buka n terus solat n bertarawih lah kami.... kami berharap dapat menjalani ibadah puasa pada hari seterusnya... sekian.

Monday, September 8, 2008

MPP? Dah nak dekat abis tempoh dah…

Bile lah nak abis erk???(dalam hati) sedar atau tidak ada 2 atau 3 minggu lagi aku letak jawatan apa yang aku masih pikirkan lagi masih ada tugas yang belum disempurnakan .. huh3x diner DL n Intelek Borneo. Dah nak abis nie malasnya menjadi jadi plak huhuhu apa boleh buat tugas tetap tugas (takut kene Tanya kat akhirat lak nanti) sesungguhnya amanah itu memang berat untuk ditanggung tapi mungkin kelebihan aku kalau dah ada anak bini nanti .. insyaAllah. Dalam hal lain plak aku rasa aku nie baik sangat ker atau aku nie memang suka untuk disusahkan kot. Kekadang terasa gak dalam hati jawatan yang aku pegang nie mcam aku yang lebih tinggi dalam bahagian semua event besar aku terpaksa amik..aku bukan ape rakan karib aku rasa pelik sampai berkata “ko nie Naib Bendahari ke Bendahari sume keje ko buat” arghh… (ya Allah maafkan hambaMU ini yang merungut..=<). Takpelah aku redha dengan tugas aku ini (Ya Allah berilah aku kekuatan untuk jadi seorang yang amanah.. Aminn….) hati siapa yang tak terasa kalau tugas yang berikan sepatutnya bukan tugas aku dan aku terpaksa terima..(Tuhan saje lah yang tahu) perasaan marah, tak puas ati, gembira, dan lain2 itu memang lumrah seorang manusia yang bergelar pemimpin, aku berdoa kepada Allah S.W.T agar aku diberikan kekuatan untuk bertugas lagi sebagai MPP kalau dengan izinNYa sekian

Kawan, Sahabat, Teman….

Huh.. aku dapat rasakan kawan, sahabat dan teman ialah satu frasa kata yang berbeza dan maknanya seakan sama tetapi jika diteliti ianya ada sedikit perbezaan yang mungkin sukar untuk dilihat dari fahaman kasar. Fikirlah apa perbezaan die ianya dapat tahu sekiranya dapat mengalami pengalaman sendiri.. mungkin setiap orang itu mempunyai pemahaman yang berbeza pada frasa kata itu.. apa yang dapat saya katakan manusia kene banyak bersabar kerenah setiap seseorang yang bernama KAWAN, SAHABAT, TEMAN… sekian

Friday, September 5, 2008

Jumaat Pertama Ramadan 1429...

hari nie aku tido memanjang lepas solat jumaat terasa diri ini terlalu penat untuk segarkan diri. ntah la... mungkin penat study lebih kot... hehehe atau memang nak stand by tuk create blog nie... hehehe. hari nie aku rasa lega lepas jawab test QMT335 tetapi tak tahulah setakat mana leh pegi test nie harap2 okla... pada jumaat pertama ramadan 1429 ini aku n rakan karib ku amirul@padi telah pegi ke bazar ramadan yang berada di tengah2 dunia di dalam UiTM Johor. aku rasa pelik tgk mirul sebok belanja roommate die( ayam golek, lauk2 ape tah lagi) mungkin bai'ah beliau kot tok belanja setelah mendapat gaji SKP PPKP n BTN sebanyak 4_ _ (cube teka) hehehehe ok la dah ngantuk n ada orang nak men internet lak nie ok la bye Assalamualaikum..

Permulaan Blog dan Ramadan Al Mubarak

assalamualaikum kepada semua pembaca, terima kasih kerana sempat singgah kat blog saya. apa yang saya nak ucapkan selamat menyambut ramadan(bulan pose ler..) al- mubarak yang ke 1429 hijrah. saya berharap ramadan al mubarak ini dapat membuat kan semuanya amalan yang banyak kerana bulan ramadan ini adalah bulan yang teristimewa bagi seorang yang bernama muslim. semoga mendapat keberkatan pada amalan kita insyAllah.. sekian