Tuesday, September 30, 2008

Malam Raya... yeah...

assalamualaikum... salam hari raya pada semua... pada malam raya tahun 2008 ini mungkin banyak peristiwa yang mungkin susah untuk saya lupakan sebagai seorang anak dan mahasiswa uitm.. pada malam raya ini baru lepas sejam kedengaran bunyi dentuman yang agak dasyat kerana kat kampung saya nie ada mercun yang paling besar saya tengak (ala macam hari kemerdekaan negara nye mercun.... hehhehe) saya agak terpegun tengok mercun tue takut pung ada.... (saya memang takut api heheh) opsss... pecah tembelang plak... huhhu. sekian...

Sunday, September 28, 2008

bersua kembali di blog..

assalamualaikum... bersua kembali rasa rindu pula hendak menulis blog sudah 10 hari tidak menaip.... diharap umat manusia dapat menahan diri dari membuat pembaziran pada raya yang bakal menjelma ( lagi 3- 4 hari jer lagi...) dikesempatan ini juga saya hendak menyucapkan selamat hari raya Maaf Zahir Batin... sama2 kita mendoakan kesejahteraan umat bersama...

Thursday, September 18, 2008

Pertengahan Ramadan

sayup-sayup kedengaran bacaan sahutan dari jemaah masjid As Syakirin UiTM Johor. kedengaran itu menunjukkan betapa agungNya Tuhan Yang Esa dan menunjukkan Kebesaran Allah S.W.T. Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini banyak menunjukkan petanda yang baik kepada penuntut UiTM Johor. kehadiran pengarah baru yang banyak menitikberatkan soal agama kepada "anak buahnya" membuatkan penuntut di sini sudah faham apa yang perlu dibuat untuk menepati tuntutan agama itu sendiri. saya sendiri pun kagum dengan pengarah baru UiTM Johor yang banyak menitikberatkan soal agama kepada semua penuntut dan ianya tidak terdiri dari penuntut tetapi kepada staff UiTM sendiri. saya berharap pengarah UiTMCJ yang baru dapat kekalkan khidmat beliau di UiTMCJ ini. aminn....

Friday, September 12, 2008

Sekadar pandangan

16 september? tarikh itu adalah tarikh penubuhan malaysia... pada hari nie tarikh itu menjadi satu tanda tanya kerana Negara malaysia kian bergolak kerana tarikh itu dan takut dengan tarikh itu. tarikh itu adalah tarikh keramat pakatan rakyat yang digembar gemburkan akan memerintah negara ini... pada pandangan saya sekiranya ianya berlaku corak pemerintahan negara akan berubah sedikit demi sedikit.. mungkin saya tidak pandai berpolitik tapi mengikut pengamatan saya banyak kemungkinan yang boleh berlaku sama ada dari sudut positif atau negatif. jika pada itu pemerintahan malaysia dilakukan tanpa memikirkan hak melayu maka satu pergolakan besar berlaku pada perlembagaan negara( peh takut berlaku....). prinsip sama rata yang diketengahkan oleh pambangkang haruslah tidak lari lunas2 negara islam... apa pun yang paling penting dalam sebuah negara islam seharusnya dijadikan asas untuk memerintah negara... sekian

Thursday, September 11, 2008

Terfikir sejenak..

salam... bertemu kembali dalam edisi 12 ramadan 1429.. ape yang saya nak ungkapkan hanyalah satu cerita yang terlintas di kepala. pernah tak kita berfikir tentang asam garam kehidupan seorang manusia??? atau dalam erti kata lain perjalanan hidup seorang manusia. saya terfikir kenapa manusia ini kekadang terlupa atau sengaja lupa tentang "kenapa kita diwujudkan dan kenapa manusia melupakan kenapa manusia diwujudkan" jika kita baca persoalan tadi mungkin pembaca susah untuk memahaminya tapi jika baca betul2 kekadang kita memang terlupa dan sebagai jalan untuk mengingati kembali kita haruslah ingai mengingati.. kenapa manusia diwujudkan. untuk pengetahuan semua manusia diwujudkan untuk beribadat kepadaNya iaitu Yang Maha Berkuasa diseluruh alam.. kita sebagai hambanya perlu akur dengan kekuasaanNya sebagai Pencipta. bersempena bulan ramadan al-mubarak ni mari kita bersama-sama ingat dan bersyukur dengan nikmat hidup kita pada hari nie.. sekian

Wednesday, September 10, 2008

Keluarga Tersayang

Ya Allah berilah kebahagian ke atas keluargaku aku memohon kepadaMu, hanyalah Kau tempatku mengadu.. Kau perbaikilah akhlak keluarga ku, Kau berilah hidayah kepada keluargaku, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus pada keluargaku. Aminn ya rabbal alamin...

Seorang Insan bernama Kekasih.

Insan Bernama Kekasih

debar hatiku, membisik rindu, ingin aku katakan kau gadis idaman, adakah mungkin kau ku miliki, untuk aku jadikan insan bernama kekasih, keayuan yang terdambar, lukisan nuriman, bersulamkan keindahan, santun perkataan, bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan menusuk segala rasa dijiwa kesampaikan salam ucapan mesra dan merisik khabar berita, masih kah ada peluang untuk ku melafazkan cinta umpama jatuh keriba mendengar khabaran darinya kerana cinta kepada, Hanya satu yang ku pinta kebaikan darinya moga dipeliharakan tulus cinta bagai kukuh ikatan yang murni bahgia selamaya menusuk segala rasa dijiwa datanglah kasihku dalam diriku menghiasi ruang hatiku akan ku sambutnya dengan sujud penuh kesyukuran ku harap jalinan kekal berpanjangan selagi kasih yang terbina kerana cinta kepadanya...

Majlis Berbuka Quasar

nie lah mirul n zizi kawan saya..
kenangan selepas berbuka.
banyaknya VIP makan. hehehe...

assalamualaikum kepada semua pembaca bersua kembali di blog kali ini dengan izinNya, alhamdulillah kite telah sempurna berpuasa pada hari yang ke-10 dalam islam mengatakan pada hari yang ke-10 puasa adalah akan bermulanya fasa yang ke 2 iaitu "keampunan" di dalam bulan ramadan. Pada hari nie saya, amirul n zizi telah sepakat untuk outing untuk membeli aksesori raya ckit... pada dasarnya ka i hanya hendak membeli tuk raya je tapi bila dah sampai sana masyaAllah banyaknya makanan yang sedap2 da ketam, ikan bakar, air sejuk, n mcm2 ada.... apa boleh buat niat kami hanya untuk yang dirancang jer... kami jalan punya jalan maka selesai beli... kami jalan2 akhirnya tergoda dengan murtabak daging, ayam, n kambing yang berharga rm4. kami sebatlah beli saya amik ayam, mirul kambing n zizi daging memang lengkap kami beli sume ada... kami jejalan melihat makanan terjumpalah ketam masak cili padi peh sedapnye.... dalam hati kami mcm nak beli tapi majlis berbuka puasa quasar adala.... maka tak belilah kami... kami bertekad nak g keesokan harinya tapi apakan daya kels sampai kul 6 la... hari lain lah jawabya....
pada hari nak berbuka tibalah kami ke tapak NR untuk buka puasa. kami pergi saing... kami lihat makanan yang bakal kami makan pada buka nanti nasik ambang rm4.. kamipun tak kesahlah... tapi yang penting kurma yusof taiyoob pengubat hati kami... selesai buka n terus solat n bertarawih lah kami.... kami berharap dapat menjalani ibadah puasa pada hari seterusnya... sekian.

Monday, September 8, 2008

MPP? Dah nak dekat abis tempoh dah…

Bile lah nak abis erk???(dalam hati) sedar atau tidak ada 2 atau 3 minggu lagi aku letak jawatan apa yang aku masih pikirkan lagi masih ada tugas yang belum disempurnakan .. huh3x diner DL n Intelek Borneo. Dah nak abis nie malasnya menjadi jadi plak huhuhu apa boleh buat tugas tetap tugas (takut kene Tanya kat akhirat lak nanti) sesungguhnya amanah itu memang berat untuk ditanggung tapi mungkin kelebihan aku kalau dah ada anak bini nanti .. insyaAllah. Dalam hal lain plak aku rasa aku nie baik sangat ker atau aku nie memang suka untuk disusahkan kot. Kekadang terasa gak dalam hati jawatan yang aku pegang nie mcam aku yang lebih tinggi dalam bahagian semua event besar aku terpaksa amik..aku bukan ape rakan karib aku rasa pelik sampai berkata “ko nie Naib Bendahari ke Bendahari sume keje ko buat” arghh… (ya Allah maafkan hambaMU ini yang merungut..=<). Takpelah aku redha dengan tugas aku ini (Ya Allah berilah aku kekuatan untuk jadi seorang yang amanah.. Aminn….) hati siapa yang tak terasa kalau tugas yang berikan sepatutnya bukan tugas aku dan aku terpaksa terima..(Tuhan saje lah yang tahu) perasaan marah, tak puas ati, gembira, dan lain2 itu memang lumrah seorang manusia yang bergelar pemimpin, aku berdoa kepada Allah S.W.T agar aku diberikan kekuatan untuk bertugas lagi sebagai MPP kalau dengan izinNYa sekian

Kawan, Sahabat, Teman….

Huh.. aku dapat rasakan kawan, sahabat dan teman ialah satu frasa kata yang berbeza dan maknanya seakan sama tetapi jika diteliti ianya ada sedikit perbezaan yang mungkin sukar untuk dilihat dari fahaman kasar. Fikirlah apa perbezaan die ianya dapat tahu sekiranya dapat mengalami pengalaman sendiri.. mungkin setiap orang itu mempunyai pemahaman yang berbeza pada frasa kata itu.. apa yang dapat saya katakan manusia kene banyak bersabar kerenah setiap seseorang yang bernama KAWAN, SAHABAT, TEMAN… sekian

Friday, September 5, 2008

Jumaat Pertama Ramadan 1429...

hari nie aku tido memanjang lepas solat jumaat terasa diri ini terlalu penat untuk segarkan diri. ntah la... mungkin penat study lebih kot... hehehe atau memang nak stand by tuk create blog nie... hehehe. hari nie aku rasa lega lepas jawab test QMT335 tetapi tak tahulah setakat mana leh pegi test nie harap2 okla... pada jumaat pertama ramadan 1429 ini aku n rakan karib ku amirul@padi telah pegi ke bazar ramadan yang berada di tengah2 dunia di dalam UiTM Johor. aku rasa pelik tgk mirul sebok belanja roommate die( ayam golek, lauk2 ape tah lagi) mungkin bai'ah beliau kot tok belanja setelah mendapat gaji SKP PPKP n BTN sebanyak 4_ _ (cube teka) hehehehe ok la dah ngantuk n ada orang nak men internet lak nie ok la bye Assalamualaikum..

Permulaan Blog dan Ramadan Al Mubarak

assalamualaikum kepada semua pembaca, terima kasih kerana sempat singgah kat blog saya. apa yang saya nak ucapkan selamat menyambut ramadan(bulan pose ler..) al- mubarak yang ke 1429 hijrah. saya berharap ramadan al mubarak ini dapat membuat kan semuanya amalan yang banyak kerana bulan ramadan ini adalah bulan yang teristimewa bagi seorang yang bernama muslim. semoga mendapat keberkatan pada amalan kita insyAllah.. sekian